Posted by: hafsah | April 6, 2008

Nasyid USIM perlukan pantauan

Oleh HAFSAH MOHAMED

NILAI: Penganjuran pertandingan nasyid antara Kolej Kediaman sempena Minggu Integriti pada kali ini menunjukan peningkatan berbanding tahun lalu. Tetapi dari segi persembahan peserta masih lagi lemah, tidak banyak berubah, dan ia masih lagi dijuarai oleh kumpulan nasyid rasmi USIM.

Clik Here…


Hal ini diakui sendiri oleh juri yang mengadili pertandingan malam itu, Mohd Huzaimi, 31 tahun, “ perjalanan pertandingan kali ini lebih teratur, cuma persembahan sesetengah peserta masih memerlukan pantauan”
“ Mereka boleh menyanyi, tapi tidak tahu tahap nyanyian mereka,” katanya.
Terdapat peserta yang tidak tahu syarat menyertai pertandingan, ini dapat dilihat apabila terdapat peserta yang tidak menggunakan minus one seperti yang ditetapkan. Sebahagian daripada peserta juga dilihat kurang bersedia dan menyertai pertandingan semata-mata untuk memenuhi kuota pertandingan.
Bagi Elyas Bakri, 21 tahun, salah seorang peserta nasyid dari Kolej Kediaman Sutera Indah yang juga merupakan Johan pertandingan nasyid antara kolej kediaman berkata, persembahan serta vokal mereka yang baik membolehkan mereka menjuarai pertandingan kali ini.
“ Kami kerap mengadakan latihan serta persembahan bagi program didalam USIM, jadi kami lebih yakin berhadapan dengan penonton,” kata Hairi, yang juga merupakan ahli kumpulan nasyid USIM.
Pertandingan tersebut dijuarai oleh Kolej Kediaman Sutera Indah, disusuli oleh Kolej Kediaman Pandan Mewah, dan tempat ketiga dimenangi oleh Kolej Kediaman Desa Anggerik. Perasmian penutup Minggu Integriti dirasmikan oleh Prof.Dato’ Dr Mohamed Alias Dollah, Timbalan Naib Canselor bahagian Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni.


Responses

  1. thanks for the link back. hehe🙂

  2. assalamualaikum….
    bg akk blog chah ni ok…tp jgn t’lalu dpnuhi oleh slide show..nti nmpk serabut tau…klu ble stiap paragraph jarakkan sket..mdh utk org bca..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: