Posted by: hafsah | April 6, 2008

ICEPS: Peniaga Awam Berang

Oleh HAFSAH MOHAMED

NILAI- “ Ini bukan usahawan Islam, tapi penganiayaan namanya .


Itulah yang diluahkan oleh Azizah Shariff, 54, apabila ditanya mengenai sambutan terhadap perniagaan mereka sepanjang tiga hari ICEPS berlalu. Beliau mengalami kerugian kerana kurang sambutan pengunjung.
“ Mereka (pihak penganjur) menjanjikan seramai 16,000 orang pengunjung yang akan datang, tapi yang kami lihat hanya pelajar USIM sahaja, dan pengunjung luar terlalu sedikit,” katanya.

Beliau bersama rakan-rakan peniaga lain telah membuat surat aduan yang menyatakan harga khemah yang tinggi dan penganjuran ICEPS kali ini tidak berjaya. Ini merupakan kali kedua beliau menyertai ICEPS, dan menyatakan ICEPS pada tahun lepas bagus dari segi sambutan dan penganjuran.

Hal ini juga disokong oleh Azrina, 30, peniaga barangan kesihatan dan aksesori, terdapat peniaga awam yang dapat menjual di tapak pelajar. Mereka bukan sahaja menggunakan pelajar untuk menjalankan perniagaan malah mendapat khemah pada harga pelajar.

“Kebanyakan pelajar lebih berminat untuk ke gerai kawan mereka sendiri, jadi tidak adil bagi kami, mereka (penganjur) tidak sewajarnya memisahkan tapak, kami pun nak cari duit juga,” katanya. Beliau berpendapat, wajar dicampur antara gerai pelajar dan orang awam, semua perlu dapat hak sama rata.

Bagi Nurul Mazura, 32 tahun, peniaga barangan HPA, terdapat juga beberapa peniaga awam telah menutup gerai kerana tidak tahan menanggung kos kerugian akibat perniagaan sangat lembab. “ Kami hanya mampu peroleh tidak sampai RM100, sedangkan harga khemah sahaja sudah RM 75 sehari, ada yang yang memperolehi RM40 sehari, pulangan modal pun tiada malah rugi,” katanya.

Penganjur program perlu lebih teliti dan cekap dalam menganjurkan program yang melibatkan orang awam. Ia bukan sahaja memburukan nama universiti malahan peniaga akan serik untuk menyertai program anjuran USIM pada masa hadapan.


Responses

  1. pihak penganjur mestilah lebih peka dalam hal ini…kalaulah keadaan ini berterusan akan mencemarkan nama baik penganjur dan USIM itu sendiri………


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: