Posted by: hafsah | April 6, 2008

ICEPS: Melahirkan Usahawan Muda

OLEH HAFSAH MOHAMED

NILAI- Konvensyen Keusahawanan Islam ( iCEPS) 2008 berjaya melahirkan usahawan muda dalam pelbagai bidang. Sambutan pelajar yang menyertai program ini amat menggalakkan terutamanya pembukaan gerai oleh pelajar iaitu sebanyak 84 gerai pelajar dari pelbagai fakulti berbanding 72 gerai awan.

“ Ini menunjukkan minat pelajar USIM terhadap perniagaan amat tinggi, bukan hanya pelajar FEM sahaja yang terlibat, malah pelajar dari fakulti lain juga menyertainya,” kata Naimah Abdullah, 22 tahun, dari Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah.
Beliau juga berharap, agar semangat usahawan muda ini tidak luntur, dan bersemangat menghadapi cabaran dalam perniagaan.

Antara gerai yang dibuka ialah gerai makanan dan minuman, gerai buku, cenderamata, baju, tudung, aksesori wanita dan lelaki, minuman kesihatan dan pelbagai lagi. ICEPS kali ini mencatat jumlah pembukaan gerai paling tinggi sepanjang tiga tahun penganjurannya.

Ini sendiri diakui oleh Dekan Ekonomi dan Muamalat Prof. Dr. Hajah Mustafa Mohd Hanefah,” Tahun lalu hanya 20 gerai sahaja dibuka, tapi kali ini 156 gerai dibuka, ini menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan.”
Beliau mengulas bahawa penglibatan pelajar dalam aktiviti sebegini mampu memberi pendedahan awal kepada perniagaan dan memupuk minat untuk menjadi usahawan suatu hari nanti.

Kebanyakkan pelajar yang membuka gerai adalah untuk memenuhi kerja amali bagi subjek perniagaan yang mereka ambil. Walaupun ia dilihat seperti ‘terpaksa’ namun ia dapat membina semangat semangat pelajar untuk menceburi bidang perniagaan.

Bagi, Izyan Syaza Aisyah, 21 tahun, pelajar tahun 1 Fakulti Ekonomi dan Mumalat, ini merupakan pengalaman pertama dia membuka gerai sendiri. ” Ini adalah pengalaman yang cukup berharga bagi saya. Walaupun untuk memenuhi kredit subjek yang saya ambil, tapi ia merupakan pengenalan bagi saya pada dunia perniagaan,”katanya.

Baginya, bukan mudah untuk menjadi usahawan yang berjaya tanpa ilmu yang cukup. Dia yang membuka gerai menjual kain pasang sutera, tudung dan telekung, dapat merasakan iCeps merupakan tapak untuk melahirkan usahawan muda Islam yang berwibawa.


Responses

  1. salam…sweety!such a nice blog…wlpun iCEPS yang lepas banyak komen daripada peniaga luar tapi sekurang-kurangnya students USIM mampu anjur sesuatu program dengan jayanya.keep a good effort k! -adios-


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: