Posted by: hafsah | April 6, 2008

Bantuan Perubatan Tidak Mencukupi

Oleh Hafsah Mohamed

Pengadil membantu pelajar cedera

NILAI – Pemain-pemain sukan bola jaring berasa sedikit kesal dengan pengurusan pihak penganjur yang tidak menyediakan pasukan bantuan kecemasan yang mencukupi semasa temasya sukan SUFA (sukan antara fakulti) di USIM.


“ Ini amat mengecewakan, walaupun hanya sukan antara fakulti, tapi pihak penganjur patut menyediakan bantuan perubatan yang mencukupi,” kata Razwani Ramli tahun 20 tahun, dari Fakulti Sains dan Teknologi.
Beliau menyatakan kekesalan apabila, peserta yang tercedera hanya dirawat sendiri oleh kawan-kawan yang kurang berpengalaman. Ini boleh menyebabkan kecederaan serius sekiranya rawatan yang diberikan salah.
“ Ada yang tidak tahu cara nak merawat kawan yang tercedera, mereka tidak memberikan rawatan sewajarnya malah ada juga yang tersalah beri ubat kepada kawan mereka,” ujar beliau lagi.
Peti bantuan kecemasan yang disediakan oleh pihak penganjur tidak kelihatan. Ini kerana tidak semua fakulti yang menyediakan peti tersebut dan beranggapan pihak penganjur menyediakan pasukan perubatan untuk para peserta.
Hal ini juga turut disokong oleh, Norwahidah Raman, 24 tahun, peserta pertandingan bola jaring, berkata,” Saya mengalami luka akibat tercedera semasa bermain, dan ia mengambil masa 1 minggu untuk sembuh”.
“ Saya merawat luka saya sendiri disebabkan tiada bantuan perubatan ditempat permainan,” tambah beliau lagi.
Hal ini dirujuk kepada pihak pengajur SUFA 2008, Puan Shleeza Mohad Fauzi, Penolong Pendaftar Unit Sukan USIM, berkata,” Kami telah mengadakan mesyuarat dengan semua Penolong Pendaftar Fakulti masing-masing agar menyediakan segala keperluan bagi para peserta, termasuk makanan,minuman serta peti kecemasan.”
“Ia bergantung kepada kecekapan pengurusan fakulti masing-masing menguruskan hal tersebut,.” ujarnya.
Menurut beliau lagi, pihak penganjur telah menyediakan pasukan bantuan perubatan sepanjang acara berlangsung.” Setiap hari, dua pembantu perubatan ditugaskan untuk semua acara yang berlangsung di Stadium dan Kompleks Sukan USIM. Ambulans juga di sediakan di Pusat Kesihatan Pelajar ,” tambah beliau lagi.
Tujuan SUFA adalah untuk menjalinkan hubungan antara fakulti. Oleh itu, kerjasama antara semua pihak perlu, bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang kembali. Mereka perlu peka dan mengambil berat terhadap tanggungjawab masing-masing dan tidak hanya seperti ‘melepaskan batuk ditangga’.


Responses

  1. Salam…
    Tahniah di atas penulisan berita sebegini. Ini menunjukkan bahawa anda salah seorang yang amat prihatin dan mengambil berat terhadap keadaan di sekeliling anda. Dengan munculnya berita ini, diharap ada pihak yang dapat menyelesaikannya selepas membaca.

  2. Pesanan kepada penganjur-penganjur program… kita kena elert dengan kebajikan peserta..
    Ustaz marwan n Ustazah Arnida selalu beli ubat banyak mase kita ada jaulaah or makhayyam kann…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: