Posted by: hafsah | April 6, 2008

Bahang AF6 di USIM

Oleh HAFSAH MOHAMED

Faizal dari kumpulan nasyid Far-East, Saida akak Datuk Siti Nurhaliza, Mama Rina antara nama yang sering disebut dan diperkatakan apabila menyebut AF6″…

 

Click Here…

Berita Terkini Akademi Fantasia
AFUNDI AF6
Pelajar Akademi Fantasia
PIC Konsert Pertama AF6
PIC Konsert Kedua AF6
PIC Konsert Ketiga AF6

 

 NILAI: Apabila memperkatakan mengenai Akademi Fantasia yang masuk musim keenam, pelajar USIM juga tidak terkecuali dari mendapat tempiasnya. Pelajar-pelajar ini masih dapat meluangkan masa untuk menonton AF6 setiap hujung minggu walaupun sibuk dengan pelajaran dan peperiksaan akhir yang bakal tiba tidak lama lagi.
 Tinjauan yang dibuat, pelajar perempuan lebih berminat menonton Akademi Fantasia berbanding lelaki dan kebanyakkannya mereka mengetahui pelajar yang menyertai Akademi Fantasia musim ke-6. Apabila diajukan berkenaan apa yang menyebabkan mereka berminat mengikuti perkembangan program realiti tersebut, kebanyakkannya mengatakan untuk melihat pelajar kegemaran mereka beraksi.
Bagi Nur Hafisah Abd Rahman , 22 tahun, beliau menonton rancangan realiti itu hanya untuk hiburan semata-mata dan bukan peminat fanatik. “Saya sekadar ingin mengambil tahu perkembangan hiburan yang menjadi kegilaan remaja kini, dan saya tidak akan membazir duit saya untuk mengundi pelajar Akademi Fantasia,” kata Nur Hafisah lagi.
Setiap kali kemunculan Akademi Fantasia baru, pelbagai perubahan dilakukan untuk menarik penonton dari pelbagai golongan. Musim Akademi Fantasia yang ke-6 membawakan perubahan dari pengacara hingga ke pemilihan pelajar dari pelbagai latarbelakang yang berbeza.
Siti Fatonah Abd Halim berkata, beliau tertarik untuk menonton AF6 kerana pelajar Akademi yang terdiri daripada pelbagai golongan,” saya suka menonton AF6 ni sebab ada pelajar yang berpangkat ‘nenek’ menyertai program ini, dan saya cuma hendak lihat sejauh mana kehebatan ‘nenek’ itu,” katanya
Apa jua alasan dan sebab diberikan mengapa mereka berminat menonton Akademi Fantasia musim ini, bahangnya mula terasa dimana-mana. Semua orang memperkatakan mengenainya samada tua mahupun muda, gelombang AF6 mula melanda negara!.


Responses

  1. salam……awak suka mengikuti AF ke?awak afundi saper?…………pe2 pun all the best ok.

  2. salam..
    Bakat Af 6 kali ini tidak semantap Af sebelum ini.Mereka lebih banyak menerima kutukan daripada pujian..
    Pengajaranya, semoga kita lebih baik dari semalam🙂 ????


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: