Posted by: hafsah | April 6, 2008

‘ Fast Food’ khasiat kurang,penyakit bertambah

Oleh HAFSAH MOHAMED

Sebut saja KFC, McDonald’s, Pizza Hut,, siapa yang tidak kenal restoran makanan segera tersebut. Kanak-kanak mana yang tidak terlompat-lompat apabila dijanjikan untuk pergi makan ke restoran makanan segera. Kentucky fried chicken, French fries, Big Mac, Chicken Foldover, Pizza Stuff crust, Garlic bread, merupakan antara makanan yang cukup sinonim dengan masyarakat kita.

Click Here…

Makanan Sihat
Tips Kekal Muda

Resepi Sihat
Tauhu Bakar Ayam
Roti Power Ranger
Ambuyat
Kerabu Pucuk Paku
Makaroni Salad


Bagaimana mereka cukup arif jenis makanan yang wujud di restoran makanan segera?. Berbanding apabila kita menyebut masakan tempatan seperti baung asam pedas, babat (perut lembu) masak lemak, remis bakar, ulam daun selom, Yee Mee Claypot, Idili, Payasam, hanya segelintir sahaja yang tahu.

Iklan TV

Alasannya cukup mudah, iklan-iklan makanan segera yang sentiasa yang berada disekeliling kita tidak kira samada di televisyen, radio, risalah, surat khabar, billboard dan lain-lain lagi. Setiap jam kita dibanjiri dengan iklan-iklan makanan segera. Jika terdapat hari perayaan, maka semakin banyak iklan makanan yang terbaru yang disediakan oleh syarikat makanan segera.

Lihat sahaja semasa sambutan tahun cina yang baru berlalu baru-baru ini, contohnya McDonald’s yang menyediakan menu baru ‘Burger Prosperity ‘ yang hanya ada pada perayaan Tahun Baru Cina sahaja. Ini merupakan antara strategi syarikat makanan segera untuk menarik pelanggan terutamanya remaja dan kanak-kanak yang cukup mudah terpengaruh.

Iklan-iklan makanan segera ini menjadi isu yang cukup hebat diperdebatkan baru-baru ini. . Hal makanan segera ini bukan suatu isu yang baru tetapi telah ditimbulkan oleh orang ramai dan kerajaan sendiri. Semuanya ini timbul apabila bekas menteri kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek mencadangkan supaya iklan makanan segera diharamkan.

Dan sekarang kerajaan ingin mengambil langkah membendung makanan segera ini dengan cara mengharamkan iklan-iklan di media televisyen. Radio Televisyen Malaysia (RTM) juga bersedia untuk mengharamkan iklan makanan segera serta di kesemua saluran televisyen dan radionya jika Kabinet mengarahkannya berbuat demikian.

Pekara tersebut pernah diulas oleh Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Seri Zainuddin Maidin Februari tahun lalu. Langkah yang serupa juga telah dilakukan di UK pada tahun 2006 oleh sebuah badan bernama Office For Communications (OFCOM) yang diketuai oleh Jamie Oliver.

Kita lihat sahaja setiap hujung minggu, restoran makanan segera ini cukup sesak dengan pelanggan. Apakah tarikan yang ada pada Restoran makanan segera ini hingga hampir 73% pelanggan restoran terdiri daripada remaja dan kanak-kanak?.

Jawapannya gaya hidup remaja masa kini, mereka dilihat lebih bergaya dan moden jika makan di restoran makanan segera berbanding makan di restoran biasa. Ini kerana remaja kita telah dipengaruhi dengan iklan-iklan makan segera dengan mudah . Jika kita lihat, barang yang tidak berkualiti diiiklankan akan menjadi sebutan umum, berbanding barang yang berkualiti tapi tidak mendapat promosi.

Harga, kualiti dan perkihdmatan

Tinjauan yang dijalankan kepada beberapa remaja menunjukan, mereka gemar memilih restoran makanan segera disebabkan makanannya tidak terlalu berat seperti nasi atau mee, ia seperti makanan ringan. Persekitaran restoran juga selesa dan nyaman,serta harga yang berpatutan. Aspek kualiti kebersihan yang terjamin dan yang penting tidak khuathir mengenai jaminan halal.

Satu kajian yang dijalankan di Britian menunjukan satu pertiga remaja Britain mengakui mereka memilih makanan segera sebagai cara paling berkesan menenangkan diri kerana tekanan yang disifatkan pakar boleh memberi kesan buruk ke atas fizikal dan menjejaskan mental seseorang. Tinjauan ke atas 1,000 orang remaja menunjukkan, 43 peratus respondent mengakui berasa tenang apabila mengambil makanan segera. Perkembangan itu membimbangkan pakar kerana ia boleh membawa kepada masalah yang lebih besar iaitu pemakanan yang tidak seimbang.

Bagi remaja kita, mereka berpendapat gaya hidup kini yang banyak berubah berbanding dahulu. Mereka ingin semua cepat dan mudah, tidak perlu menunggu hingga 30minit atau 1 jam untuk menempah makanan di kedai biasa.

Syarikat makanan segera pula menyediakan perkihdmatan ‘Drive Thru’ bagi pelanggan yang malas turun dari kereta atau ingin cepat, dan mereka juga menyediakan perkhidmatan penghantaraan makanan terus ke rumah. Perkihdmatan hingga lewat malam juga disediakan sekiranya anda terasa lapar pada malam hari, kerana kebanyakan restoran makanan segera kini menyediakan perkihdmatan 24 jam.

Ia merupakan strategi yang dijalankan oleh syarikat makanan segera untuk menarik lebih ramai pelanggan terutamanya penduduk bandar yang sangat sibuk dan inginkan perkidmatan cepat serta pantas. Hal ini diakui oleh seorang akauntan syarikat antarabangsa, Cik Habibah Mohamed, 25 tahun, “Apabila due date untuk menyiapkan audit bagi syarikat telah hampir, kami terpaksa berkerja hingga lewat malam, dan setiap malam pihak syarikat akan menyediakan makanan segera untuk makan malam.”

Restoran makanan segera ini tumbuh bagaikan cendawan kerana beberapa faktor. Antaranya ialah perkhidmatan segera, lokasi yang menyenangkan, persekitaran bersih dan nyaman dan harga berpatutan yang membentuk identiti restoran makanan segera masa kini.

Makanan segera sihat?

Perkembangan itu membuatkan ramai yang mungkin bertanya adakah makanan segera sihat?.

Menurut seorang pelajar Bioteknologi Makanan, tahun 3 di USIM, Cik Noraini Yahya menyatakan bahawa secara keseluruhannya makanan segera memang boleh dikatakan sihat kerana ia membekalkan pelbagai nutrien yang diperlukan jika kita bijak memilihnya.
“Tetapi kandungan lemak tepu, natrium dan kalori dalam makanan segera kegemaran ramai seperti burger, kentang goreng, ayam goreng, pai, biskut dan coleslaw berkrim adalah tinggi, berbanding kandungan vitamin A dan C atau kalsium yang rendah,” katanya.
Kandungan bahan pengawet dan kandungan bahan perasa yang tinggi dalam makanan segera, menjadikan makanan ini kurang berkhasiat. Kandungan kabohidrat atau protein didalamnya telah berkurang berbanding makanan segar.
“Kandungan Sodium yang tinggi dalam sos, dan Potassium dalam daging burger boleh beri kesan buruk pada kesihatan dalam jangka masa panjang. Ada kajian juga menunjukkan Sulfate dalam sosej juga boleh mengalakkan pertumbuhan kanser,” kata beliau lagi.
Bahan pengawet ini sama seperti bahan kimia yang digunakan untuk sayuran bagi menahan dari menjadi rosak. Ia menghilangkan kebanyakan zat dan mineral dalam makanan tersebut.
“ Adalah lebih baik kita lebih banyak makan makanan yang segar, contohnya seperti jus buah, lebih baik kita buat sendiri dari membeli yang telah siap di pasaraya, jika kita ingin sihat tidak ada jalan mudah atau singkat,” tambah beliau lagi.
Justeru katanya, adalah penting untuk ibu bapa meneliti fakta-fakta mengenai makanan segera sebelum ianya diambil. Paling penting, katanya, jangan terpengaruh dengan saiz hidangan yang ditawarkan semata-mata kerana nilai perbezaan walaupun sebanyak RM1.
Pengambilan makanan juga perlu dipelbagaikan dengan memasukkan semua kumpulan dalam Piramid Panduan Makanan dan jumlahnya biarlah sederhana.
Jangan mudah terpedaya dengan dakwaan tentang vitamin dan zat galian di dalam makanan segera. Memang benar bahan-bahan itu terdapat di dalamnya tetapi tidak mencukupi memandangkan sejumlah besar lemak, garam dan kalori anda makan pada masa yang sama.

Terdapat sedikit zat besi di dalam burger, kalsium di dalam keju dan milkshake, vitamin C di dalam kentang goreng. Namun dalam sehari, kita perlu mengunyah empat burger seberat suku paun tiap satu untuk mendapatkan cukup zat besi, 15 paket kentang goreng untuk mendapatkan cukup vitamin C dan menyedut 10 shake bagi mendapatkan kalsium secukupnya.

Kesimpulannya, untuk mendapatkan zat secukupnya daripada makanan segera, kita mungkin menjadi terlalu gemuk hingga sukar duduk di atas kerusi plastik restoran McDonald’s! malah mungkin juga di KFC atau Pizza Hut.


Responses

  1. Tulisan artikel di blog Anda bagus-bagus. Agar lebih bermanfaat lagi, Anda bisa lebih mempromosikan dan mempopulerkan artikel Anda di infoGue.com ke semua pembaca di seluruh Indonesia. Salam Blogger!
    http://www.infogue.com/
    http://www.infogue.com/kesehatan/_fast_food_khasiat_kurang_penyakit_bertambah/

  2. Kandungan MSD di dalam makanan segera ini menyebabkan keinginan berterusan untuk menimatinya. Ini membuatkan kita tetap ingin menukmatinya walaupun tahu keburukannya. Pengharaman iklan di media massa merupakan langkah yang mungkin efektif. Namun kesedaran individu itu sendiri mengenai risiko-risiko pengambilan tanpa had makanan segera ini adalah lebih utama. Mereka mesti didedahkan dengan kesan jangka panjang MSD ini kepada kesihatan.

  3. Best cz dpt link tgk resepi yg best2, terliur 2…eee, bgus cte akak

  4. salam beminat benar awak dalam perniagaan.semoga awak menjadi usahawan yang berjaya pada masa akan datang


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: