Posted by: hafsah | April 7, 2008

ALOE VERA RAHSIA KECANTIKAN CLEOPATRA?

Oleh HAFSAH MOHAMED

Kisah kuno menyebutkan bahawa, Ratu Cleopatra pada zaman remajanya yang dikatakan kurang cantik disebabkan kulit mukanya yang tidak sekata dan banyak jerawat, berubah menjadi ratu yang sangat jelita selepas menggunakan Aloe Vera…

Cleopatra

Click Here…

Sejarah Cleopatra
Petua Kecantikan
Produk Aloe Vera
Oriva
Dr. Azimuth Formula
Aloe Bio-Gen
Bio Herbal

Read more the article…

Cleopatra dan Aloe Vera
Ratu Cleopatra juga dikatakan menggunakan Aloe Vera untuk menghaluskan kulit dan mengilatkan rambutnya sehingga berjaya menundukkan Julius Caesar. Disebabkan kelebihannya Aloe Vera itu sendiri, ratu-ratu Mesir yang jelita seperti Cleopatra dan Nefertiti sudah memanfaatkan lidah buaya untuk merawat kecantikannya mereka.
Alexander Agung pernah berkata “Pecayalah pada Lidah Buaya’ – kerana tanaman ini dapat digunakan untuk menyembuhkan berbagai jenis penyakit”.

Asal Usul Aloe Vera
Lidah Buaya atau Aloe Vera atau nama saintifiknya Aloe Vera Linn dikenali juga dengan nama “lily of the desert”, “plant of immortality” dan tumbuhan berubat. Nama Aloe Vera berasal dari perkataan arab (alloeh) yang bermaksud pahit. Nama lain bagi aloe vera ialah: jadam(melayu), crocodile tounge(english), salvia(sepanyol) dan lu hui (cina). Aloe vera mudah ditemui di seluruh dunia dan pada semua iklim. Ia telah digunakan sejak berabad lamanya bagi mengubati pelbagai penyakit dan dalam bidang kecantikan. Ia pernah digunakan oleh ratu Mesir yang terkenal iaitu Cleopatra bagi merawat kecantikannya.
Ada sebuah perkataan yang terkenal dari Julius Caesar, “Biarkan wanita bicara, kamu akan belajar sesuatu darinya. Kamu harus melihat matanya saat ia bicara, niscaya kamu akan tersanjung dan melayang. “. Lebih dari 200 spesis tersebar diseluruh dunia, ia merupakan tumbuhan yang tahan lasak kerana mampu hidup diAfrika yang kering dan tandus hingga lah ke daratan Asia yang beriklim tropika. Bukti sejarah juga menyebutkan bahawa, bangsa Arab, Yunani, Romawi, India dan Cina telah menggunakan sebagai bahan ubat pelbagai penyakit.

Arab dan Yunani
Bagi bangsa Arab dan Yunani, naskah kuno 1522 SM yang ditemui di Thebes, Mesir menyebutkan, lidah buaya digunakan sebagai penyembuh bekas luka, kemerahan pada kulit. Selain itu dalam buku De Materia Medica karya Deocorides seorang Yunani pada tahun 74 M, menyebutkan, lidah buaya mempunyai kesan yang purgative iaitu memiliki kesan pencahar yang sangat sesuai untuk wanita-wanita yang sedang berdiet atau ingin kurus dan digunakn sebagai penyembuh luka. . Kebanyakan tamadun purba terutama orang-orang Yahudi kuno dan orang-orang Mesir mempercayai bahawa jus daripada pokok Aloe Vera adalah ubat yang sangat berharga dan suci.

Disebabkan Aloe Vera digunakan untuk merawat kecantikan ratu-ratu Mesir, tumbuhan ini dianggap tumbuhan yang berharga dan mahal kerana ia hanya digunakan dikalangan ratu-ratu dan kaum kerabat diraja, dan orang biasa dilarang untuk mengambil dan menggunakannya tanpa izin pembesar.
Pada zaman Cleopatra, hampir 70% ramuan produk kosmetik mengandung gel lidah buaya. Aloe Vera sangat istimewa untuk kulit , ini kerana kandungan lignin mampu menembus dan meresap lebih cepat ke dalam kulit. Ia juga mampu mengawal kehilangan air dari badan dan mengelakan kulit dari cepat kering dan terjaga kelembapannya.
Sifat Aloe Vera yang berbuih memudahkan ia menjadi bahan dalam penyediaan kosmetik. Hal ini terbukti dengan penemuan aloe vera dalam penyediaan bahan kosmetik sperti krim cukur, lotion, pelembab kulit, pembersih muka, penyegar, anti-deodoran, syampu, perapi rambut dan sebagainya.

Masyarakat India
 Bagi bangsa India pula, Aloe Vera merupakan tumbuhan yang amat digemari oleh pengamal perubatan Ayurvedik, ia merupakan salah satu tumbuhan herba yang mampu memberi nilai perubatan yang besar. Kebanyakan pengamal perubatan mengunakan Aloe Vera untuk menyuburkan rambut serta menyejukkan kepala. Penggunaan Aloe Vera mampu menghilangkan tekanan dikepala, mengelakkan keguguran rambut serta mengilatkan dan menyuburkan rambut. Masyarakat India amat mementingkan bahagian rambut dan kepala merupakan kepala, maka tidak hairanlah mereka menggemari Aloe Vera kerana memberi banyak faedah perubatan untuk bahagian kepala.

Masyarakat Cina
 Manakala bagi bangsa Cina pula, Aloe Vera telah lama digunakan sejak awal Dinasti cina lagi. Mereka memanggilnya sebagai “medicine plant” atau pokok ubat. Ia dikenali sabagai makanan kesihatan yang cukup popular dikalangan bangsa cina selain sarang burung dan cendawan. Ini kerana bagi mereka, ia dapat menyeimbangkan unsur Ying dan Yang dalam tubuh seseorang.
 Kebanyakan bangsa cina mencampurkan Aloe vera dalam minuman teh herba mereka. Bagi mereka Aloe Vera dapat membersihkan bahagian perut dan saluran pencernaan bagi mengelakkan beberapa penyakit seperti gastrik dan ulser. Sifatnya yang beralkali juga dapat membantu mengurangkan masalah asid berlebihan dalam badan yang juga merupakan punca utama masalah sukar menghadamkan makanan. Ia boleh menolong melancarkan dan membersihkan salur makanan(salur penghadaman) Disamping itu, wanita cina amat mengemari Aloe Vera kerana ia mampu menaikan seri muka agar nampak lebih halus dan licin disamping dapat mempercepatkan penyembuhan jerawat serta parut jerawat.

Masyarakat Melayu
Bagi masyarakat melayu, Aloe vera digunakan secara meluas sejak awal perkembangan tamadun melayu lagi. Tidak dapat dinafikan tumbuhan herba sangat sinonim dengan masyarakat melayu disebabkan mereka dikelilingi oleh hutan tropika yang berusia ribuan tahun yang mengandungi pelbagai tumbuhan yang bernilai tinggi.
Namun begitu, Aloe vera juga merupakan salah satu tumbuhan yang cukup dikenali oleh masyarakat melayu. Ia banyak digunakan secara tardisional untuk melegakan luka-luka kecil dan kesan ruam. Disamping mempercepatkan pengeringan, ia juga mengandungi antibiotik yang mampu merangsang sel kulit yang baru dan mengelakkan jangkitan bakteria dalam luka tersebut. Ia boleh digunakan ketika demam untuk menurunkan suhu badan dengan cara menyapu gelnya pada kepala , dahi dan pelipis dan ia juga mampu mengurangkan gatal-gatal akibat dari gigitan serangga.

Kegunaan
 Terdapat pelbagai kegunaan Aloe Vera, antara yang dikenal pasti ialah untuk menyembuhkan penyakit kencing manis, batuk, trakhoma, sembelit, tuberkulosa, ambeien, cacingan, asma, kencing nanah dan sebagainya. Malahan , dalam catatan sejarah Mesir menunjukan Alexander Agung juga sering membawa bekalan lidah buaya dalam setiap peperangan. Fungsinya adalah untuk para prajuritnya yang terkena luka. Catatan sejarah Islam juga menunjukan panglima Iskandar Zulkarnain juga menggunakan Aloe Vera untuk tujuan yang sama.
 Dari segi kecantikan, gel dari daunnya boleh membantu mencegah jerawat dan menegangkan kulit muka, ia juga menambahkan kelembapan pada muka, merawat dan masalah kerengsaan kulit. Aloe Vera juga mampu menghaluskan kulit muka jika digunakan secara berterusan dan mengelakan daripada sinaran UV Yang boleh mengelapkan kulit wajah. Orang Eropah dan Amerika sering menggunakan Aloe Vera apabila berjemur ditepi pantai semasa musim panas bagi mengelakkan kerosakan kulit akibat cahaya matahari.
Orang-orang asli Amerika memanggilnya “miracle plant that heals itself” iaitu pokok ajaib yang boleh menyembuhkan dengan sendiri. Maka, kajian saintifik pertama yang dilakukan oleh pengkaji Botani Amerika pada tahun 1935 di dalam jurnal perubatan menunjukan Aloe Vera berjaya digunakan untuk mengubati kesan radang kulit akibat cahaya x-ray. Berbagai jenis kajian yang melibatkan usaha mengubati kesan terbakar menunjukkan aloe vera akan membantu proses penyembuhan kesan terbakar di kulit 30% lebih pantas dan efektif daripada bahan lain. Semenjak itu, Aloe Vera telah dijadikan bahan asas utama dalam pembuatan produk penjagaan kulit di Eropah dan Amerika Syarikat. Satu bahan yang baru ditemui dalam aloe vera ialah acemannan dan ia sedang dikaji kerana potensinya yang dipercayai dapat menguatkan ketahanan semulajadi badan. Bahan ini dapat menjanakan pengeluaran T-limfosit yang membantu sistem pertahanan badan.
Malah sejajar dengan perkembangan dunia perubatan, telah banyak penelitian dilakukan terhadap lidah buaya dan hasilnya menunjukkan bahwa lidah buaya dapat digunakan untuk menyembuhkan penyakit kulit hingga penyakit berat seperti kanser dan AIDS. Aloe Vera juga dapat menyembuhkan luka dan kecederaan. Ini kerana ia bersifat anti-bakteria dan anti-kulat serta bertindak sebagai anti-biotik untuk membunuh kuman pada luka, mengelakkan dari jangkitan dan pembiakan kuman.
Kita masih ketinggalan zaman kalau menganggap lidah buaya hanya sebagai bahan penyubur rambut dan kecantikan kulit muka sahaja. Ini kerana, hasil kajian terkini menunjukkan bahwa lidah buaya boleh dijadikan minuman atau makanan dan sebagai makanan pengawal gula dalam darah bagi pesakit Diabetis Melitus. Hasil kajian lain menunjukkan bahwa lidah buaya dapat meredakan serangan sesak nafas. Caranya cukup dengan meminum jus lidah buaya. Terapi ini akan membantu meringankan penderitaan pesakit asma yang tidak bergantung pada ubat corticosteroid.

Pasaran dan potensi
Potensi penggunaan Aloe Vera sangat menyeluruh, samada untuk kegunaan kosmetik luaran sebagai penyubur rambut, ubat jerawat atau penyembuh luka terbakar, sehinggalah untuk pengambilan dalaman di dalam bentuk minuman bagi mengatasi masalah asma, sesak nafas, buasir dan sebagainya.
Di luar Negara terdapat pelbagai produk makanan yang berasaskan lidah buaya di pasaran antaranya yang dijual segar, dibuat manisan, minuman kesihatan , pil makanan tambahan, gel aloe vera dan sebagainya. Kita sebenarnya agak ketinggalan, berbanding dengan negara jiran seperti Hongkong, Taiwan dan Cina, dalam penggunaan Aloe Vera. Bagi pengeluar makanan kesihatan luar, Aloe Vera merupakan satu lagi bahan makanan kesihatan yang mampu dikormersialkan secara luas. Mereka telah mengeksport bahan makanan berasaskan Aloe Vera ke merata tempat kerana permintaan bahan tersebut semakin meningkat. Ini menunjukkan Aloe Vera semakin mendapat perhatian masyarakat kini, setelah mereka menyedari akan kebaikan tumbuhan tersebut kepada kesihatan.
Ini menunjukan bukan hanya Ratu Cleopatra sahaja yang mengetahui manafaat daripada tumbuhan yang tidak berbatang ini, malah seluruh dunia sedang mengkaji dan memperoleh manafaat dari Aloe Vera. Ia bukan hanya digunakan untuk bahan kecantikan semata-mata, malah ia mempunyai nilai perubatan yang cukup tinggi dan mampu di kormesialkan diperingkat antarabangsa.


Responses

  1. Satu informasi yg berguna kepada semua golongan.
    Ia Herba yg mempunyai keajaiban utk pelbagai penyakit yg mungkin tidak diketahui umum.

  2. Artikel yang menarik dan lengkap. Dapat menambahkan pengetahuan tentang Aloe Vera kepada semua rakyat Malaysia yang masih tidak tahu akan kelebihannya.

  3. huaa….manyak bagos2…informasi bgs…

  4. herm..baru tau daun lidah buaya @ aloe vera ni banyak kebaikan..mesti kayo kalau bukak ladang aloe vera..heheheh

  5. 1 artikal yg bagus, teruskan usaha anda utk terus memberi lbh byk infomasi ttg kecantikan….

  6. permulaan yang bagus.informasi yang padat.tetapi kalau dibahagikan mengikut tamadun lagi best.tak penat nk baca sebab panjang..neway..proud of u my dear..

  7. Artikel di blog ini sangat menarik & bagus. Untuk lebih mempopulerkan artikel (berita/video/ foto) ini, Anda bisa mempromosikan di infoGue.com yang akan berguna bagi semua pembaca di tanah air. Telah tersedia plugin / widget kirim artikel & vote yang ter-integrasi dengan instalasi mudah & singkat. Salam Blogger!
    http://www.infogue.com
    http://infogue.com/pengetahuan_umum/aloe_vera_rahsia_kecantikan_cleopatra_/

  8. artikel yang menarik..informasi yang mmberi bnyak faedah kpda kita..tak tau pula aloe vera bnyak khasiatnya..keep it up!good luck for final exam!

  9. Bestnya…. nanti bolehlah patrick jadi pembekal aloe vera lepas ni ye.

  10. Salam, Hai ecah banyak juga entry yg diposkan. Teruskan yea update ur blog. Gud Luck!

  11. artikel yg menarik… sblm ni tak tau pn lidah buaya ni byk kelebihan… info pn byk sgt…

  12. baguslah artikel ni, cam x caya ratu mesir boleh jadi cantik dgn hanya guna aloe vera tue…ape pun, best of luck 2 u sis…!!

  13. wahh..memang manyak mangus loo..lepas ble la bukak kedai spa..hehe

  14. Bagusla post nie…lepas baca post nie banyak dapat info pasal alov vera

  15. bila lagi nk post entry baru?

  16. a.kum… eeee takut saya tengok cleopatra tu. atas kepala tu apa? ularke?

  17. apsal muka2 kat sini mcm kenal yer..hehehhe…

    lg satu kalo muka nak cantik..r.ajin2 letak aloe vera kat muka….hehhehe

  18. wao……….sangat cantik tampak wajahnya dan semua perkakas yang di kenakannya. kepingin untuk aku dekatinya lewat jalan pesona cantiknya. tapi ku agak terganggu dengan mahkota di kepalanya yang di hiasi dengan ular. wa…………….taku………….tttt.

  19. Hello. :) The natural photo of the new arrival, taken by Emma Tallulah’s dad,
    Bye.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: