Oleh Hafsah Mohamed
NILAI: Fakulti Sains dan Teknologi (FST) menjuarai perlawanan futsal kategori wanita setelah menewaskan Fakulti Syariah dan Undang-Undang dengan tendangan penalti (1-0) apabila masing-masing terikat tanpa jaringan selepas masa tambahan.
Tendangan penalti yang disempurnakan oleh Nurliyana Kamal, 21 tahun sekaligus menobatkan FST sebagai juara setelah dua tendangan tidak membolosi gawang gol.
“ Kedua-dua pasukan sama hebat tapi rezeki lebih menyebelahi kami”
“ Penjaga gol pihak lawan juga hebat dan mampu membaca arah tendangan kami, jadi saya menggunakan strategi lain bagi mengelirukan penjaga gol dan kami berjaya,” katanya.
Penjaga gol FST, Nor Aliana Zainal Abidin, 21 tahun, mencatatkan rekod apabila mampu mempertahankan gawang gol dari dibolosi pihak lawan. “ saya bersyukur kerana ini merupakan hasil usaha kami berlatih selama seminggu”
“ Walaupun kami tidak mempunyai pengalaman dalam permainan futsal, tapi semangat serta usaha yang besungguh-sungguh membolehkan kami berjaya,” kata Nor Aliana.
Berdasarkan moto pasukan, “yang gagah biar megah, yang menang biar layak dan yang kalah biar bermaruah”, memberi keyakinan kepada mereka untuk memenangi perlawanan kali ini walaupun pernah mengalami kekalahan ketika menyertai pertandingan Futsal sempena Minggu Siswi anjuran Jaksa tahun lalu.
Sementara itu, perlawanan Futsal Lelaki pula telah dijuarai oleh Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan(FKP) apabila menewaskan Fakulti Ekonomi dan Muamalat( FEM) dengan jaringan (2-0).


satu berita yang bagus…nampaknya anda minat sukan yer..MAJULAH SUKAN UNTUK USIM….
By: raihayu on April 11, 2008
at 9:53 am